Neslo Ais
Friday, 27 April 2012
Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi.
Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.
Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi.
p/s: Apapun info masih ini tidak jelas kesahihanya
Adab Melawat orang sakit dan kelebihannya
Assalamualaikum
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan
atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh
Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama
muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit
merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan
tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit
yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman
supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang
dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si
sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa
insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah
dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah
kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang
banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan
kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita
makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya,
wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan
tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang
tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu
ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan
ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum menziarahi orang sakit adalah
sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang
sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit
sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak
dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit
pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika
dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya
dia memeluk Islam.
Doa mendoakan orang sakit:- Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi
orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh
kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.
Kelebihan menziarahi orang sakit.Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Insyallah, moga-moga aku dan kita semua
rajin-rajinlah menziarahi orang sakit dan mendoakannya. Mungkin hari ini
hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Memang terasa kesunyian bagi
yang pernah mengalaminya di hospital, barangkali kita hanya berkawan
dengan pesakit di sebelah katil. Sedih jer rasanya, mana orang tersayang
tak lawat-lawat kita nie, sibuk sangat bekerja agaknya?
Mengapa Bibir Kering?
Mengapa Bibir Kering?
Kebanyakan punca utama kepada bibir yang kering bergantung kepada cara hidup individu. Pemakanan , faktor cuaca dan kekurangan zat menjadi hal penting dalam perlindungan bibir selain daripada kesan sampingan bahan klinikal.
Berikut antara punca yang paling mudah mengakibatkan masalah bibir kering
1. Dehidrasi penyebab bibir mengalami masalah kekeringan, kekurangan air, zat buah-buahan dan sayur dalam badan merupakan punca utama akan epidemik ini. Selain itu, masalah kesihatan yang berkait seperti Diarrhea (cirit birit) dan muntah juga membuatkan kekurangan air dalam badan sehingga mengakibatkan masalah bibir kering
2. Kesan sampingan daripada ubat-ubat tertentu seperti anthistaminic drug dan decongestan dalam merawat alergi dan selsema, diuretik (Jantung) dan bronchodilators (asthma) juga menjadi faktor kekeringan pada bibir
3 Tabiat merokok dalam kekerapan yang besar juga menjadi hal utama menyumbang kekeringan bibir
4. Kecederaan pada saraf yang menghubungkan otak dengan kelenjar air liur akibat daripada pembedahan, trauma dan kemungkinan yang berkait. Ini kerana air liur yang kurang dihasilkan oleh seseorang individu juga menyebabkan mulut menjadi kering, bibir merekah dan berdarah, pembiakan bakteria juga fungus
5. Iritasi akibat alergi bahan makananan mentah seperti makanan laut dan bahan kimia dalam bahan kosmetik terutama gincu (bagi wanita).
6. Perubahan kepada suhu cuaca panas kering tidak menentu mampu memberi renjatan tidak sekata pada nilah pH bibir.
7. Sakit sendi, pembengkakan noda limfa dan inflamasi pada salur darah (Vasculitis)

RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU
RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU
" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "
" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "
" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "
" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "
" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

Please Ask your Friend to Like Us!
Saya memohon anda semua untuk mempromosikan page
http://www.facebook.com/NesloAisSantaiBlog
Jasa anda amat dikenang,sekarang saya sedang mengusahakan untuk mencari bahan-bahan yang terbaik untuk tatapan pembaca
http://www.facebook.com/NesloAisSantaiBlog
Jasa anda amat dikenang,sekarang saya sedang mengusahakan untuk mencari bahan-bahan yang terbaik untuk tatapan pembaca
Thursday, 26 April 2012
Blog Baru,Salam Jumaat kepada Semua =)
Assalamualaikum pada semua,ini adalah blog saya,saya akan cuba untuk memaparkan info2 yang terbaik untuk anda,jadi,rajin2 lah masuk ke blog ini,dan kalau boleh share lah blog ini kepada rakan2 anda,apabila ada post yang menarik,saya akan bersedia untuk menerima teguran dan kritikkan membina untuk memberikan info2 yang terbaik untuk anda,sekian ~
Subscribe to:
Posts (Atom)