Friday, 27 April 2012

Mengapa Bibir Kering?

Mengapa Bibir Kering?


Kebanyakan punca utama kepada bibir yang kering bergantung kepada cara hidup individu. Pemakanan , faktor cuaca dan kekurangan zat menjadi hal penting dalam perlindungan bibir selain daripada kesan sampingan bahan klinikal.
Berikut antara punca yang paling mudah mengakibatkan masalah bibir kering

1. Dehidrasi penyebab bibir mengalami masalah kekeringan, kekurangan air, zat buah-buahan dan sayur dalam badan merupakan punca utama akan epidemik ini. Selain itu, masalah kesihatan yang berkait seperti Diarrhea (cirit birit) dan  muntah juga membuatkan kekurangan air dalam badan sehingga mengakibatkan masalah bibir kering

2. Kesan sampingan daripada ubat-ubat tertentu seperti anthistaminic drug dan decongestan dalam merawat alergi dan selsema, diuretik (Jantung) dan bronchodilators (asthma) juga menjadi faktor kekeringan pada bibir



3 Tabiat merokok dalam kekerapan yang besar juga menjadi hal utama menyumbang kekeringan bibir

4. Kecederaan pada saraf yang menghubungkan otak dengan kelenjar air liur akibat daripada pembedahan, trauma dan kemungkinan yang berkait. Ini kerana air liur yang kurang dihasilkan oleh seseorang individu juga menyebabkan mulut menjadi kering, bibir merekah dan berdarah, pembiakan bakteria juga fungus

5. Iritasi akibat alergi bahan makananan mentah seperti makanan laut dan bahan kimia dalam bahan kosmetik terutama gincu (bagi wanita).

6. Perubahan kepada suhu cuaca panas kering tidak menentu mampu memberi renjatan tidak sekata pada nilah pH bibir.

7. Sakit sendi, pembengkakan noda limfa dan inflamasi pada salur darah (Vasculitis)

No comments:

Post a Comment